Friday, February 7, 2025
HomeLUAR NEGARAKonflik Palestin-Israel: 'Genocide' Tanpa Henti, Bumi Gaza Semakin Tenat

Konflik Palestin-Israel: ‘Genocide’ Tanpa Henti, Bumi Gaza Semakin Tenat

PETALING JAYA – Seorang wartawan warga Palestin memaklumkan, keadaan bumi Gaza kini semakin getir.

Menerusi ciapan di platform X, wartawan bernama Muhammad Smiry itu turut berkongsi video terkini keadaan di Gaza yang dibom tanpa henti.

“Kami sedang dibunuh beramai-ramai. Ia semakin teruk di Gaza,” katanya pada dua ciapan berbeza.

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, jelas memaparkan bunyi dan cahaya letupan bom bertalu-talu di kawasan sekitarnya, lapor Kosmo.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, pejuang Hamas dan askar Rejim Zionis bertempur di darat secara singkat di Semenanjung Gaza semalam, berdasarkan laporan saluran berita CNN.

Menurut Kosmo, pertempuran tercetus ketika tentera Israel meningkatkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza menjelang fasa peperangan seterusnya.

Menurut Hamas, pejuang-pejuangnya memusnahkan dua jentolak dan sebuah kereta kebal Israel dalam serangan hendap dekat bandar Khan Yunis, sekali gus memaksa askar Zionis berundur tanpa kenderaan.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MotoGP: Aprilia Dedah Punca Kemalangan Jorge Martin

0
SEPANG – Permulaan kurang baik buat juara dunia, Jorge Martin apabila mengalami kecederaan serius ketika menjalani sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)...

CATEGORIES