Klip Video Raya ‘Tidak Senonoh’ Alif Syukri Akan Disiasat Di Bawah MCMC

0
47
Foto: mykmu.net

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video tersebut.

“Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian

“Tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video berkenaan.

“Buat masa ini, kita biarkan dahulu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Fahmi malam ini.

Dalam pada itu, Fahmi turut menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur. – KOSMO! ONLINE.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here