KLIA Antara Lapangan Terbang Terburuk, Banyak Yang Perlu Dibaiki Semula

0
215
Foto: The Star

Kuala Lumpur: Sebarang kelemahan khususnya dari segi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) harus diakui dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, beliau bagaimanapun sedia maklum bahawa sudah banyak pembaharuan yang telah dilakukan pihak pengurusan KLIA ketika ini.

“Sebagai rakyat Malaysia kita kena lihat apa sebab utama KLIA telah ‘diiktiraf’ sebagai salah satu lapangan terbang yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik.

“Tetapi dengan banyak pembaharuan yang saya lihat dibuat pihak pengurusan KLIA, pastinya kerajaan dalam masa yang sama mempunyai perancangan yang baik dan menasrik pada masa akan datang… jadi apa pun kelemahan kena akui dan pastikan setiap kelemahan itu diperbaiki dan seterusnya jadi kekuatan dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Penyampaian Standard Kraftangan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA di kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here