Saturday, January 25, 2025
HomeVIRALKKM Sahkan 'Voice Note' Tular Penularan Wabak Baharu Tidak Benar

KKM Sahkan ‘Voice Note’ Tular Penularan Wabak Baharu Tidak Benar

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan rakaman nota suara (voice note) yang mendakwa berlakunya penularan wabak baharu dan katil wad hospital penuh adalah tidak benar.

Menerusi satu kenyataan, KKM turut menafikan rakaman sama yang turut mengatakan kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID), semakin meningkat.

Menurut Kosmo, KKM menjelaskan, rakaman suara berkenaan pernah tular pada tahun 2021 dan kini diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi Whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam.

“Terdapat satu rakaman ‘voice Note’ yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi.

“Ia juga mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes BID, serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu kenyataan sama berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih kekal di sekeliling kita. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, elak 3S dan lakukan ujian Covid-19 jika bergejala.

“Dapatkan vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak, serta rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif Covid-19,” kata kenyataan itu.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES