Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANKim Kardashian Dikecam, Pakaikan Anak 'Kostum' Seperti Mangsa Di Palestin

Kim Kardashian Dikecam, Pakaikan Anak ‘Kostum’ Seperti Mangsa Di Palestin

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian mengundang kemarahan ramai apabila didakwa sengaja menggayakan anak lelakinya Saint West persis kanak-kanak mangsa perang di Palestin.

Terbuka berkongsi dalam media sosial, Saint dilihat menyarung jersi bola sepak berwarna biru dengan tertera nama pemain bola sepak terkenal, Neymar di bahagian belakang baju.

Baju tersebut juga ‘dihias’ dengan kesan kotoran dan darah termasuk sebiji bola yang melekat pada bahagian dada, lapor Kosmo.

“Saint sebagai Neymar junior versi zombi,” kata Kim sebagai kapsyen.

Meskipun sudah memaklumkan bahawa pakaian bertema hantu zombi, rata-rata orang tetap menyelar tindakan Kim yang dikatakan tidak sensitif kerana gaya pakaian anaknya seperti memperlekeh keadaan kanak-kanak yang cedera akibat menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin.

“Otak awak sakit! Ini sangat tidak sensitif dan melibatkan kanak-kanak.

“Tidak sensitif, pakaian seperti kanak-kanak yang cedera dan terkorban di Palestin!

“Ini perkongsian paling bodoh pernah awak lakukan. Nampaknya anda tidak berpihak pada Palestin,” demikian komen netizen yang marah dengan perkongsian tersebut.

Sehingga hari ini, angka kematian akibat konflik Palestin-Israel yang berlarutan sejak 7 Oktober lalu di Gaza kini sudah mencecah lebih 9,000 orang termasuk 3,700 adalah kanak-kanak.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES