Kilang Di Pulau Pinang Terpaksa Tutup 2 Hari Kerana Gangguan Air

0
94
Foto: Harian Metro

GEORGE TOWN – Majoriti pemilik kilang di Pulau Pinang tidak mempunyai pilihan lain selain menutup operasi kilang masing-masing dalam tempoh minimum dua hari susulan berlakunya gangguan bekalan air berjadual bermula 10 Januari ini.

Pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Cawangan Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Teong Li berkata, pengesahan mengenai kilang-kilang terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bakal melaksanakan ‘shut down’ itu diperoleh menerusi survey dan maklum balas yang diterima daripada pemilik-pemilik kilang yang juga ahli FMM.

“Boleh dikatakan majoriti ahli FMM memaklumkan bahawa mereka akan menutup operasi kilang pada hari pertama dan kedua semasa gangguan air berlaku.

“Ini kerana kebanyakan ahli kami terdiri daripada kilang yang terlibat dengan industri makanan, ‘metal fabrication’, ‘metal polishing’ dan lain-lain yang menggunakan air yang banyak ketika beroperasi.

“Ada juga ahli FMM yang terdiri daripada kilang-kilang ‘electrical’, kilang ‘mix chemical’, sekurang-kurangnya dua hari akan ditutup (operasi), hari ketiga kilang-kilang akan dalam tempoh ‘standby’ untuk lihat sama ada bekalan air sudah diperoleh atau tidak,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari tahun depan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here