Thursday, December 12, 2024
HomeHIBURANKifarah Tersingkir Dek Derhaka, Shila Nafi 'Hanya Tuhan Yang Layak Menghakimi'

Kifarah Tersingkir Dek Derhaka, Shila Nafi ‘Hanya Tuhan Yang Layak Menghakimi’

SHAH ALAM – Didakwa sering mendapat markah tercorot sekali gus tersungkur di peringkat separuh akhir Famili Duo musim ketiga (FD3) kerana kifarah dek derhaka kepada ibu, penyanyi Shila Amzah menegaskan manusia bukan Tuhan yang layak menghakimi insan lain.

Jelas pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah itu, hanya dia dan keluarganya tahu situasi sebenar selain meminta netizen menerima hakikat setiap keluarga mempunyai masalah tersendiri.

“Sejujurnya manusia bukan Tuhan, tidak adil untuk mereka berkata sesuka hati itu kerana mereka tidak lalui apa yang saya lalui.

“Seperti yang saya cakap sebelum ini pun, apa yang kami tonjolkan dalam media sosial mungkin hanya 30 peratus sahaja daripada apa yang terjadi.

“Kalau orang di luar sana mahu kata kifarah, kena tahu baik semua datang daripada Allah, buruk daripada kita dan dalam keadaan ini, saya tidak kisah orang nak cakap apa kerana mereka tidak berada dalam kasut saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Kosmo, pelantun lagu Patah Seribu itu juga meminta netizen yang lantang menghukum agar menjaga lisan kerana bimbang perkara sama turut terpalit kepada keluarga mereka di kemudian hari.

“Jadi netizen perlu didik hati supaya menghormati masalah keluarga orang, mungkin hari ini keluarga saya, esok lusa kita tidak tahu terjadi kepada sesiapa.

“Allah itu Maha Mendengar jadi mulut kena jaga, lisan fikir dahulu sebelum berkata apa-apa, takut terkena balik dekat diri sendiri

“Apa pun, lantaklah, netizen yang kena normalisasikan setiap keluarga itu berbeza, tidak kisah dari segi didikan mahupun pembawaan diri,” ujarnya ketika sidang media usai konsert separuh akhir FD3, malam tadi.

Sementara itu, adiknya Syahir pula memberitahu keluarga terutama ibu bapa mereka masih memberi sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program berkenaan

Malah kata Syahir atau Amir Syahir Amir Amzah, dia juga menjadi orang tengah menyampaikan sebarang mesej daripada keluarga kepada kakak sulungnya itu.

“Adik, mak dan ayah saya memang ada hubungi saya secara peribadi selain mendoakan yang terbaik sepanjang kami bertanding.

“Jadi saya sampaikan sahaja doa mereka kepada Shila malah saya juga melunaskan tugas sebagai adik,” jelasnya.

Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar dari kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual.

Sementara itu, malam tadi perjuangan Shila Amzah dan Syahir terhenti di peringkat separuh akhir sahaka apabila hanya meraih markah keseluruhan sebanyak 310.7

Pada semi final atau konsert minggu ketujuh itu, mereka mendapat kritikan pedas juri, Mas Idayu dan Ajai usai membawa lagu Sakit dan Sang Saka Biru bersandarkan tema Hip Hop/Dance.

Berdasarkan Kosmo, mereka dan dua lagi pasangan duo iaitu Fuad Rahman dan Tom serta Rayyan Bakery dan Adam Bakery terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada tiga lagi peserta yang layak bertarung di peringkat akhir minggu depan.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Wanita Hamil Cedera Di Perut, Kedai Dobi Terbakar

0
RAUB – Seorang wanita mengandung cedera ketika melarikan diri daripada kebakaran di sebuah kedai dobi di Taman Amanlina Lestari di sini malam tadi. Dalam kejadian...

CATEGORIES