Khidmat Trak Tunda Percuma, Bantu Orang Awam Sempena Aidilfitri

0
255
Foto: Sinar Harian

KUALA KRAI – Meredah kesesakan lalu lintas selama tiga jam dari Kuala Krai ke Kota Bharu tidak menghalang Skuad Perantau di sini daripada melakukan kerja amal dengan menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.

Wakilnya, Muhammad Afnan Hilmi Kamaluddin, 25, berkata, perkhidmatan percuma yang diberikan selama dua hari semasa sambutan Aidilfitri itu sangat mencabar disebabkan oleh pergerakan kenderaan perlahan selain jumlah meningkat berkali ganda berbanding hari biasa.

Perkhidmatan percuma yang diberikan selama dua hari semasa sambutan Aidilfitri sangat mencabar disebabkan oleh pergerakan kenderaan perlahan selain jumlah meningkat berkali ganda berbanding hari biasa.

“Bayangkan untuk sebuah kereta kami perlu hadap tiga jam kesesakan lalu lintas dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

“Dengan cuaca panas dan beberapa rintangan lain lagi. Namun kami puas dapat membantu perantau yang memerlukan bantuan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, paling terkesan apabila ramai perantau yang pulang beraya menaiki kenderaan yang uzur dan lama sehingga mereka berdepan dengan pelbagai masalah.

Meredah kesesakan lalu lintas selama tiga jam dari Kuala Krai ke Kota Bharu tidak menghalang Skuad Perantau menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.

Ujarnya, disebabkan semangat ingin pulang beraya di kampung halaman mereka gigihkan jua menaiki kenderaan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here