Khairul Aming Beri Duit Raya ‘Tebal’, Ramai Terus Tanya Kerja Kosong

0
68
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Pempengaruh terkenal yang juga usahawan berjaya, Khairul Aming meraikan pekerja-pekerjanya dengan memberi bonus serta membelanja mereka untuk persiapan raya.

Menerusi perkongsian videonya di laman X, ahli perniagaan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet ini telah memberi cuti khas dengan menutup kedua-dua kilangnya untuk menghargai hampir 100 orang yang bekerja di bawahnya.

Berdasarkan rakaman, khairul membawa mereka di salah satu pusat pakaian yang terbesar di Malaysia dan membiarkan mereka membeli apa sahaja jenis busana kelengkapan raya mengikut kesukaan masing-masing.

Semua kelengkapan raya termasuk barang dapur, barang keperluan harian juga dialu-alukan untuk dibeli oleh pekerjanya yang bertuah itu.

Selain itu, dia yang pernah dinobatkan sebagai Content Creater of The Year di Anugerah TikTok 2023 turut membawa mereka untuk berbuka puasa di sebuah hotel yang mewah selepas selesai membeli-belah.

Tambahnya, dia akan membawa mereka berlibur pula selepas raya nanti.

Rata-rata pengguna media sosial memuji dan inginkan majikan seperti Khairul Aming.

“Sponsor baju raya, sponsor barang dapur, duit raya berkepuk-kepuk, berbuka puasa buffet hotel. Rasa berbaloi support produk KA, memang luar biasa bagus bos macam ni,” komen Ree Zha.

“Mesti ramai yang mahu kerja dengan KA, bertuah sangat sebab tahun-tahun dapat duit berkepuk. Best dapat bos macam ini,” komen Lan.

“Hebat dapat boss macam dia ni, company dia mungkin belum cukup 10 tahun lagi tai dia berjaya bagi duit raya, bercuti hotel mewah, dan beri makan besar pada staf lama dan baru dia,” komen Afiq.

Sehingga kini video itu mendapat 4.1 juta tontonan, 22,000 tanda suka dan 10,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here