Keterujaan Onew, Pertama Kali Buat Konsert Di Malaysia

0
55
Foto: Utusan

PETALING JAYA – Selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri hiburan Korea Selatan, Onew bakal membuat kemunculan pertama di Malaysia bertemu peminatnya pada acara Guess! Onews Fanmeeting di Stadium Malawati, Shah Alam pada 27 Julai depan.

Menurut wakil penganjur iaitu Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, pihaknya akan memastikan kemunculan pertama Onew di Malaysia itu menjadi memori indah buat peminat setianya di sini.

“Kami berbesar hati memperkenalkan acara ini dan akan memastikannya menjadi momen yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat Onew.

“Seiring dengan keterujaan peminat untuk bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan pertemuan tersebut ibarat ‘temu janji pertama’ dengan sepenuh hati,” katanya.

Sementara itu, Onew yang juga anggota kumpulan SHINee itu sempat meninggalkan mesej ringkas untuk peminatnya di Malaysia.

“Jumpa anda di Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu,” ujarnya.

Orang ramai kini boleh mendapatkan tiket acara tersebut menerusi MyTicketAsia.

Harga tiket yang dijual bermula pada harga RM258(CAT3), RM358 (CAT2), RM558 (CAT 1), RM858 (SEAT) dan RM988 (VIP SOUNDCHECK) – HIBGLAM

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here