Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURAN‘Kesilapan Saya Adalah Layan Anak Seperti Seorang Kawan’

‘Kesilapan Saya Adalah Layan Anak Seperti Seorang Kawan’

PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp mengakui tindakannya melayan anak seperti seorang sahabat adalah salah satu kesilapan yang dilakukan dalam hidupnya sebelum ini.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 47, ibu bapa seharusnya meletakkan batas dalam hubungan tersebut agar tidak terlupa kedudukan mereka sebagai seorang anak.

“Kesilapan saya adalah buat anak sebagai seorang kawan. Saya tidak meletakkan sebarang garis sempadan dalam hubungan dan itu silap saya.

“Boleh jika nak buat anak sebagai kawan, tetapi tetapkan batas bahawa kita adalah ibu bapa mereka.

“Kalau kita tak buat begitu dan tidak mengingatkan tentang batas, mereka akan lupa,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam masa sama, Nourul juga mengingatkan golongan ibu bapa supaya sentiasa peka mengenai perasaan anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.

“Salah satu keputusan saya sebelum memberi kesan mendalam kepada anak saya. Dia paling terkesan.

“Saya tahu dia mencari cinta dan kepastian dalam hidup.

“Bahkan, dia juga mencari kebahagiaan dia sendiri sedangkan saya sebagai ibu bapa rasa sudah berikan segala-galanya,” katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon lagu Kerana Terluka itu pernah meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuan sulungnya, Ayu Nazirah.

Nourul juga berkata, dia mampu untuk meneruskan kehidupan selepas melepaskan dan menerima takdir yang berlaku terhadap hubungan bersama anaknya itu.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES