Sunday, October 13, 2024
HomeBERITAKes Amang Seksual: PU Azman Diperintah Bela Diri Cabul Remaja Bawah Umur

Kes Amang Seksual: PU Azman Diperintah Bela Diri Cabul Remaja Bawah Umur

KLANG – Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd. Said memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan dihadapi PU Azman tersebut atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 42, di akhir kes pendakwaan.

Syafeera dalam hujahannya memberikan tiga pilihan kepada PU Azman bagi peringkat prosiding pembelaan nanti dengan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.

“Orang Kena Tuduh (Azman) diberi tiga pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, atau memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh ataupun berdiam diri.

“Jika kamu memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi kamu perlu bersedia disoal oleh pendakwa raya. Jika kamu memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh maka keterangan tersebut tidak cukup kuat kerana tidak boleh dicabar oleh pendakwa dan tidak menyoal balas kamu. Selain itu (pilihan ketiga adalah) kamu berdiam diri,” katanya.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad mewakili PU Azman kemudiannya memaklumkan memilih keterangan secara bersumpah.

“Buat masa ini hanya panggil OKT sahaja (sebagai saksi pembelaan). Sekiranya ada perkembangan akan dimaklumkan (kepada mahkamah),” jelasnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri.

Azman dituduh dua kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun tahun lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Azman yang juga dikenali sebagai Cik Man turut menghadapi 9 lagi pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES