Kerap Menangis Juga Bahaya, Jejaskan Emosi Dan Fizikal

0
225
Foto: VOI

PETALING JAYA – Perbuatan menangis adalah suatu tindak balas biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.

Bagaimanapun, jika seseorang itu kerap menangis ia juga boleh menyebabkan emosi terus terganggu selain hilang ketenangan dalam diri.

Public Health Malaysia (PHM) dalam hantaran di Facebooknya berkata, sekiranya seseorang itu berdepan dengan masalah secara berterusan, segera dapatkan rawatan lanjut atau mendapatkan nasihat pakar.

“Sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut,” pesan PHM.

Dalam pada itu, PHM juga memberitahu perbuatan menangis adalah perkara normal yang membantu meredakan emosi dalam diri.

“Selepas menangis, kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan.

“Tangisan akan merangsang daya ‘parasympathetic’ yang membantu seseorang individu untuk bertenang dan mudah tidur.

“Menangis bukan tanda anda lemah, ia adalah normal,” kata PHM. – KOSMO! ONLINE.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here