Kerajaan umum SHMMP, Isnin depan

0
73
Foto: Borneo Daily Bulletin

KAJANG, 3 November- Kerajaan akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Deepavali, pada 6 November ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata pengumuman akan dibuat oleh kementeriannya yang menyaksikan kawalan harga akan diletakkan pada harga maksimum berdasarkan keperluan barangan asas musim perayaan dan ia dilaksanakan bersempena perayaan tersebut tidak lama lagi.

“Kita akan mengawalnya selama tujuh hari sebelum dan selepas Deepavali, dan pemantauan akan sentiasa dibuat di mana-mana lokasi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggerakkan lebih 2,000 anggota penguat kuasa bagi memantau situasi harga ayam.

Jelasnya, penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

Tambah beliau, setakat ini ayam yang dijual oleh kebanyakkan peniaga masih di kedudukan harga purata.

Pengguna juga katanya disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya aplikasi mudah alih ‘Price Catcher’.

Fuziah ditemui selepas melakukan pemeriksaan harga barang di Pasar Awam Kajang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here