Thursday, April 25, 2024
HomeTEKNOLOGIKerajaan Ingin Perluas Penggunaan Teknologi Hijau, EV Di Malaysia

Kerajaan Ingin Perluas Penggunaan Teknologi Hijau, EV Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan bermatlamat untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan meluas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai sektor turut digalakkan dan menjadi antara fokus kerajaan.

“Memandangkan pergantungan berterusan kepada bahan api import dan turun naik harga minyak global yang tidak menentu, adalah wajar untuk menggalakkan peralihan kepada EV.

“Ia bukan sahaja menjimatkan kos bahan api dan gas tetapi turut mengurangkan pelepasan gas rumah hijau selaras dengan matlamat kerajaan menerusi Belanjawan 2024,” katanya.

Menurut Kosmo, beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Kenderaan Elektrik Weststar Maxus MIFA 9, di sini, malam ini.

Weststar Maxus MIFA 9, EV sepenuhnya yang ditawarkan pada harga bermula RM269,888.

Kenderaan EV itu menawarkan dua model iaitu Weststar Maxus MIFA 9 Luxury yang dijual pada harga RM269,888 dan Weststar Maxus MIFA 9 Premium pada RM289,888.

Anwar berkata, pelancaran tersebut menandakan bermulanya era untuk penggunaan EV di Malaysia dan selaras dengan insentif kerajaan menerusi Belanjawan 2024.

“Ini membuktikan komitmen Weststar terhadap inovasi yang tidak ternilai dalam menghidupkan visi kerajaan untuk Malaysia yang lebih hijau dan maju dari segi teknologi.

“Pengenalan kenderaan elektrik Weststar Maxus MIFA 9 ini sebagai contoh jelas bagaimana sektor swasta boleh mengambil peranan penting dalam mempromosikan matlamat bersama kerajaan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan telah melanjutkan pengecualian duti import untuk komponen EV pemasangan tempatan sehingga Disember 2027.

Selain itu, pengecualian penuh cukai jualan untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) turut diberi dan melanjutkan pengecualian duti model diimport sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025.

Syarikat yang menyewa EV bukan komersial juga boleh menuntut potongan cukai ke atas jumlah sewa sehingga RM300,000 sehingga 31 Disember 2025.

Dalam masa sama, kerajaan komited untuk menubuhkan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES