Keputusan UPKK 2024 Bakal Diumumkan Pada Khamis Depan

0
124
Foto: Harian Metro

PUTRAJAYA – Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024 akan diumumkan pada Khamis minggu depan, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusof berkata, keputusan UPKK Tahun 2024 itu boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.

“Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui dua kaedah iaitu sistem pesanan ringkas (SMS) atau di laman sesawang,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menerusi kaedah SMS, semakan boleh dibuat dengan menaip UPKK nombor MyKid dan angka giliran sebelum menghantar ke 15888, manakala laman sesawang adalah https://semakan.islam.gov.my.

Tambah beliau, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2024 daripada pihak sekolah masing-masing bermula jam 9.30 pagi keesokan harinya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here