Kene Faham, Azil Anak Istimewa – Zarina Zainuddin

0
154
Foto: Beautifulnara

PETALING JAYA – ENGGAN anak istimewanya menjadi mangsa fitnah, pelakon Zarina Zainuddin menegaskan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan atau Azil tidak akan sesekali memukul individu lain seperti didakwa bekas pembantu rumahnya.

Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, berkata, tuduhan bekas pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Rayahu terhadap Azil yang menghidap autisme tidak benar sama sekali.

“Azil anak istimewa, dia hanya pukul diri sendiri dan tak akan mencederakan orang lain. Paling lebih pun hanya genggam tangan sahaja.

“Jangan fitnah anak saya begini, dia tidak tahu apa-apa. Kalau mengamuk pun dia pukul muka sendiri bukan muka orang lain.

“Kalau kau nak hidup bebas di luar, jangan buat cerita bukan-bukan wahai pencuri,” katanya dalam Instagram.

Dalam pada itu, Zarina turut mendedahkan beberapa barangan perhiasan miliknya turut hilang dan mendakwa wanita tersebut mencurinya.

“Patutlah rantai labuh dan gelang itu sudah lama aku cari tetapi tiada sebab kau kebas.

“Orang luar yang tidak tahu jangan sedap mulut cakap aku putar belit cerita. Aku kerja setengah mati cari wang untuk bayar pembantu rumah tetapi anda semua boleh pula sokong dia.

“Tiada otak ke? Ingat aku senang ke cari duit? Macam-macam benda aku hadap,” katanya lagi.

Tambahnya, itu bukan kali pertama dia melalui pengalaman ditipu pembantu rumah.

Paling mengecewakan apabila pembantu rumahnya lari dengan meninggalkan anaknya seorang diri.

“Dia lari tinggalkan anak aku semasa aku pergi kerja di luar kawasan. Aku pergi cari duit nak bayar gaji dia.

“Anda semua memang tiada hati perut pada bulan puasa. Orang yang tak tahu cerita sudah bercakap bukan-bukan. Tidak mengapalah, Allah SWT ada,” ujarnya.

Terdahulu, Zarina menerusi hantaran dalam Instagram mendedahkan pembantu rumah warga Indonesia telah melarikan diri dan mencuri barang emas miliknya selepas mendapat gaji.

Zarina turut mendakwa Rahayu melarikan diri kerana mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas.

Susulan tuduhan tersebut, Rahayu pula mendedahkan dia melarikan diri dari rumah aktres itu disebabkan tidak tahan dipukul Azil dan turut mempunyai bukti.

Rahayu menafikan dakwaan dirinya mencuri barangan milik Zarina selain mempersoal mengapa aktres itu tidak membuat sebarang laporan polis sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here