Kemusnahan Gaza Ternyata Lebih Besar Dari Perang Dunia Kedua

0
66
Foto: Al Jazeera

Amman: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menilai tahap kemusnahan di Gaza, Palestin lebih buruk berbanding Perang Dunia II yang memerlukan kos pemulihan sehingga AS$40 bilion (RM189.43 bilion).

Penolong Setiausaha Agung PBB, Abdallah al-Dardari berkata, pihaknya mengganggarkan, kos pembinaan semula antara AS$30 bilion (RM142.07 bilion) hingga AS$40 bilion.

“Skala kemusnahan di Gaza lebih besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Ini adalah misi yang tidak (pernah) ditangani masyarakat global sejak Perang Dunia II,” katanya pada taklimat di ibu negara Jordan.

Beliau berkata, sebanyak 72 peratus daripada semua bangunan kediaman musnah sepenuhnya atau sebahagian.

Pembinaan semula menjadi lebih sukar dengan kehadiran sejumlah besar senjata yang tidak meletup yang dikatakan agensi Pertahanan Awam Gaza mencetuskan lebih daripada 10 letupan setiap minggu.

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh yang berpangkalan di Qatar berkata, dalam panggilan kepada pengantara Mesir dan Qatar, Hamas sedang mengkaji cadangan terbaru gencatan senjata dengan semangat positif.

Pengantara mencadangkan perjanjian yang akan menghentikan pertempuran selama 40 hari dan menukar tebusan Israel dengan berpotensi ribuan tahanan Palestin, menurut butiran yang dikeluarkan Britain.

Seorang pegawai Israel berkata, Israel masih menunggu jawapan rasmi Hamas terhadap cadangan terbaharu itu.

Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan pada Rabu memberitahu AFP berkata, pendirian pergerakan itu mengenai cadangan itu negatif buat masa ini.

Seorang lagi pegawai kanan Hamas, Suhail al-Hindi berkata, matlamat kumpulan itu kekal untuk mengakhiri perang itu yang bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata, Hamas perlu menerima dan menyelesaikannya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here