Kemudahan VOA, Pengecualian Visa 30 Hari Tarik Lebih Ramai Pelancong China Dan India.

0
104

KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2023 – Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Disember lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing juga telah memaklumkan pihak industri pelancongan untuk bersiap-sedia menerima jumlah pelancong yang mendadak secara langsung.

             Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing

“Kita harap dengan pengecualian visa ini, ditambah beberapa juta orang (pelancong asing) lagi. Kita cuba sedaya upaya macam mana kita boleh tingkatkan dari segi promosi di negara masing-masing (China dan India) untuk tingkatkan bilangan pelancong,” katanya.

Sebelum ini Tiong menegaskan bahawa MOTAC akan terus berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan skop kemudahan Visa On Arrival (VOA).

Matlamatnya adalah untuk membolehkan pelancong yang tidak menggunakan penerbangan sewa khas juga dapat menikmati kemudahan VOA, supaya proses kemasukan pelancong antarabangsa lebih lancar.

Dalam fasa permulaan, ia hanya melibatkan penerbangan sewa khas (charted flight), dan prosedur permohonan telah dipermudahkan.

Pelancong boleh menghantar maklumat peribadi mereka melalui sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum tiba di Malaysia untuk mendapatkan kemudahan VOA ini.

Tiong juga berharap pihak KDN boleh mengumumkan lebih banyak penambahbaikan kemudahan pada bulan Januari tahun depan.

                                                    Foto: Vocket

Dalam masa yang sama, MOTAC juga berharap lebih ramai pelancong serta pelabur dari China dan India bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan memberi manfaat kepada rakyat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here