Petaling Jaya: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar tidak ambil kisah dengan pandangan negatif segelintir pihak terhadap usahanya mengajak orang ramai mengimarahkan masjid menerusi kempen #GengSubuhMacamJumaat ketika ini.
Alif berkata, di sebalik mereka yang mengecam, masih ramai yang memberi sokongan yang dibuktikan dengan kehadiran ramai jemaah mengerjakan solat Subuh berjemaah.
“Saya tak peduli langsung sebab saya tahu apa yang dibuat ini untuk ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid). Dua tiga orang ini saya tak kisah.
“Saya rasa bila buat gerakan sebegitu ramai yang ikut. Tak ada kena mengena dengan kepentingan diri, apa yang saya buat ini memang kerana Allah SWT.
“Jom ajak semua orang di sekeliling kita untuk bangun solat Subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing,” katanya ditemui pada sesi tayangan khas filem terbaharu lakonannya berjudul Anak Perjanjian Syaitan 2 di TGV Encorp Strand Mall, di sini, malam tadi.
Alif yang melihat usahanya ini sesuatu yang positif menyeru orang ramai untuk mendirikan solat Subuh secara berjemaah di masjid berhampiran kawasan masing-masing.
“Insya-Allah saya boleh sertai di mana-mana masjid nanti,” katanya.
Terdahulu, segelintir individu mendakwa kempen yang mula digerakkan Alif sejak November tahun mendapat sambutan ramai hanya disebabkan dirinya seorang selebriti dan mereka yang hadir sekadar mahu bertemunya saja.
Bagaimanapun, ramai juga yang mempertahankan Alif kerana beranggapan kempen itu sebagai motivasi supaya masyarakat dapat terus menunaikan solat berjemaah di masjid.
Pada 1 Januari lalu, sebagai menyambut ketibaan tahun baru, kempen #GengSubuhMacamJumaat mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 3,000 jemaah.
Alif kini tampil dengan filem Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menemui penonton di pawagam bermula hari ini.
Sesi tayangan khas filem ini semalam turut dihadiri ahli kelab peminatnya yang juga terbabit menyertai #GengSubuhMacamJumaat.
Pelakon lain filem terbitan Grand Brilliance Studio itu adalah Eyka Farhana, Fasha Sandha, Azlan Komeng, Dian P Ramlee, Azizah Mahzan dan Shaharuddin Thamby.
Sumber: Harian Metro
hello there and thank you for your information – I’ve definitely picked up anything
new from right here. I did however expertise a few technical issues using this website, as
I experienced to reload the web site many times previous to I could get it to load properly.
I had been wondering if your web hosting is OK?
Not that I am complaining, but sluggish loading instances
times will very frequently affect your placement in google and could damage your high quality score if ads and marketing with Adwords.
Anyway I am adding this RSS to my e-mail and could
look out for much more of your respective exciting content.
Ensure that you update this again soon..
Very interesting points you have noted, thanks for putting up.!
When I initially left a comment I appear to have clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and from now on each time a comment is added I recieve four emails with the exact same comment. There has to be an easy method you are able to remove me from that service? Kudos.