Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAKemalangan Tular Babit Superbike Dan Honda City, Polis Buka Kertas Siasatan

Kemalangan Tular Babit Superbike Dan Honda City, Polis Buka Kertas Siasatan

GOMBAK – Polis membuka kertas siasatan berkaitan kemalangan tular membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta jenis Honda City di kilometer 22, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Berdasarkan laporan Kosmo, pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 12.20 tengah malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan mana-mana individu tercedera.

Katanya, penunggang motosikal jenis BMW S1000RR yang terlibat kemalangan berkenaan dari arah Gohtong Jaya menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi kejadian, lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikalnya telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta yang mengubah laluan ke lorong tengah secara tiba-tiba.

“Kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun telah berhenti di tepi jalan bersama penunggang motosikal tersebut lalu tercetus pertengkaran antara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, kemalangan tersebut kini disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Sazila Yusuf di talian 013-3083696 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 35 saat di aplikasi X memaparkan sebuah motosikal berkuasa tinggi terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur.

Susulan perlanggaran itu, pemandu kereta bertindak berhenti di bahu jalan sebelum bertengkar dengan penunggang motosikal terbabit.

Bagaimanapun, pertengkaran tersebut telah dihalang oleh kedua ibu bapa pemandu kereta yang turut berada dalam di lokasi kejadian.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES