Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAKemahiran Lebih Penting Daripada Taraf Universiti

Kemahiran Lebih Penting Daripada Taraf Universiti

PETALING JAYA: Majikan digesa berhenti menggunakan taraf universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mengambil pekerja sebaliknya memberi fokus kepada kemahiran dimiliki graduan.

Presiden Majlis Perun­dingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi berkata, tindakan melihat ‘nama’ universiti sebelum mengambil pekerja bukanlah tindakan yang relevan dan wajar.

Katanya, industri kini memerlukan lebih banyak pekerja mahir dan keba­nyakan daripada mereka merupakan graduan universiti atau IPT yang tidak mempunyai nama.

“Terdapat universiti ternama mempunyai ranking baik tetapi kursus atau program ditawarkan lebih kepada bidang profesional.

“Kalau melihat kepada keperluan industri iaitu bidang-bidang kemahiran atau yang melibatkan teknikal, kursus-kursus seperti ini banyak ditawarkan oleh universiti yang ranking mereka tidak setara universiti ternama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, hampir semua majikan melihat penarafan universiti dan IPT sebelum memilih pekerja yang akan diambil bekerja dalam syarikat masing-masing.

Presiden Persekutuan majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan secara amnya mengambil pekerja berdasarkan reputasi dan ranking universiti bagi memastikan mereka mengambil individu yang boleh meningkatkan prestasi dan perniagaan syarikat.

Wan Amsyar berkata, majikan perlu melihat kepada kualiti graduan secara individu sebagai seorang bakal pekerja yang menyumbang kepada syarikat.

Tambahnya, majikan seharusnya ‘melabur’ untuk membantu pekerja menggilap kemahiran dan bakat mereka supaya dapat membantu syarikat bergerak de­ngan lebih maju.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES