Keluarga Tertuduh Bunuh Bella Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

0
69

Batu Pahat: Keluarga kepada lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mayat dibuang di rumah sewa terbiar dekat Tongkang Pechah bersedia mengambil tindakan sivil terhadap mana-mana pihak termasuk keluarga Bella.

Peguamnya, Syahril Anuar Harun berkata, beliau dimaklumkan keluarga tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, mahu mengambil tindakan itu demi membersihkan nama daripada fitnah dilemparkan terhadap mereka.

Beliau berkata, ini kerana kes itu hanya membabitkan tertuduh dengan mangsa, Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, tanpa membabitkan keluarganya.

“Hasil daripada kes ini, kita dapati terdapat mereka (keluarga tertuduh) menjadi mangsa keadaan di mana terkena tempias sedangkan tanpa pengetahuan perkara ini boleh berlaku.

“Selama kes ini berlangsung, pihak keluarga tertuduh tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan. Namun begitu, keluarga perlu mengambil hakikat yang mereka terkena tempias, perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Oleh demikian kami memberi nasihat dan juga berbincang dengan keluarga, berkemungkinan kita akan mengambil tindakan sivil terhadap pihak membawa fitnah kepada mereka,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat, hari ini.

 

PEGUAM, Syahril Anuar (kanan) sebaik prosiding selesai di Mahkamah Majistret Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani
PEGUAM, Syahril Anuar (kanan) sebaik prosiding selesai di Mahkamah Majistret Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani

 

Ditanya sama ada tindakan itu ditujukan kepada keluarga Bella, Syahril Anuar berkata, beliau tidak menafikan dan percaya mereka boleh jawab dengan sendiri.

Jelasnya, mereka tahu siapa memandangkan terlalu banyak isu-isu serta fitnah di media sosial.

“Ia bukan perkara baru malah sudah banyak kali berlaku. Tindakan ini adalah asbab untuk kita tunjukkan kepada mereka dan bukan dibuat secara suka-suka.

“Ada perkara masih berlaku sepanjang masa namun belum selesai, cuma kita tengok mana yang relevan dan terpakai untuk diambil tindakan.

“Kita tak nak tuduh melulu namun begitu kita nampak masih ada tuduhan dan fitnah menjurus kepada keluarga tertuduh,” katanya.

Terdahulu, Mohammad Haikal tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk sebutan izin bagi memindahkan kes bunuh Bella yang juga teman wanitanya pada Disember tahun lalu.

Turut kelihatan kedua-dua ibu bapa Mohammad Haikal yang mahu mendengar prosiding dihadapi tertuduh yang juga bekas posmen.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here