Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANKeluarga Hadid Terima Ugutan Bunuh Dek Kerana Menyokong Palestin

Keluarga Hadid Terima Ugutan Bunuh Dek Kerana Menyokong Palestin

HANYA kerana lantang bersuara memberi sokongan kepada Palestin, keluarga model terkenal, Bella Hadid menerima ugutan bunuh sehingga mengancam kehidupannya dan keluarga.

Memetik portal TMZ, rentetan daripada ugutan bunuh tersebut, Bella dan keluarga termasuk adik-beradiknya, Gigi Hadid, Anwar Hadid serta ibu bapa, Mohamed serta Yolanda membuat laporan polis demi keselamatan mereka.

“Kami dimaklumkan ugutan tersebut diterima dari pelbagai medium termasuk menerusi e-mel, media sosial dan telefon bimbit mereka.

“Sumber juga memberitahu nombor telefon bimbit mereka juga telah tersebar dalam internet beberapa minggu lalu,” lapor portal tersebut.

Tambahnya, perkara tersebut turut memaksa mereka sekeluarga menukar nombor telefon bagi mengelakkan ancaman itu berterusan, lapor Kosmo.

“Semua terpaksa tukar nombor telefon dan semuanya semakin membimbangkan.

“Mohamed sebagai ketua keluarga kini dalam pertimbangan untuk mendapatkan bantuan Biro Penyiasatan Pesekutuan (FBI),” katanya lagi.

Sebelum ini, Bella dan Hadid lantang menyuarakan pandangan mereka mengenai kekejaman yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Menurut Kosmo, sikap lantang mereka itu meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Bella juga menegaskan dia tidak kisah kehilangan tawaran kerja sebagai model dengan mana-mana jenama kerana menzahirkan sokongan terhadap Palestin.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES