Kelindan Rentung, Lori Terbakar Rempuh Treler Parkir Tepi Jalan

0
37
Foto: Harian Metro

BENTONG – Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandu seorang remaja berusia 18 tahun terbakar selepas merempuh treler muatan habuk kayu di Lingkaran Tengah Utama (LTU) hala Barat di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa iaitu penumpang lori tersebut, Mohd Ghazi Ab Razab, 53 meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal, lori itu dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Pelaburan Klang, Selangor.

Keadaan lori yang musnah akibat kebakaran. Foto ihsan IPD Bentong

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang bahagian belakang treler membawa muatan 50 tan yang berada di tepi jalan sebelah kiri kerana mengalami kerosakan.

“Akibat kemalangan tersebut, kenderaan berat itu terbakar di keseluruhan di bahagian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, siasatan pihak polis turut mendapati pemandu lori tiada lesen memandu.

Jelas Zaiham, pemandu lori terbabit mengalami kecederaan patah paha dan dibawa ke Hospital Bentong manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Lori dinaiki mangsa merempuh treler yang berada di tepi jalan sebelah kiri kerana mengalami kerosakan.Foto ihsan IPD Bentong

Jelas Zaiham, pemandu lori terbabit mengalami kecederaan patah paha dan dibawa ke Hospital Bentong manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here