Tuesday, December 10, 2024
HomeBERITAKekasih Ibu Dera Kanak-Kanak Dua Tahun Sehingga Maut

Kekasih Ibu Dera Kanak-Kanak Dua Tahun Sehingga Maut

PARIT BUNTAR: Seorang duda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya, berusia 2 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Haziq Mustapa, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kes ia melibatkan kes bunuh yang di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Astro Awani.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai buruh kontrak itu didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Ayyash Aulian Muhammad Faizul.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Serai Permai, Bagan Serai dalam daerah Kerian antara 11 hingga 13 Oktober 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor M Saravanan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Astro Awani juga menyatakan bahawa mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan hasil bedah siasat.

Pada 14 Oktober lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan kesan kecederaan seluruh badan dipercayai akibat didera.

Keadaan mangsa disedari ibu bapa tertuduh berusia 62 dan 57 tahun yang menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya mendapatkan rawatan di hospital.

Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati, punca kematian mangsa disebabkan pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain melecur akibat objek panas dan kecederaan pada lubang dubur.

Siasatan polis mendapati, tertuduh telah mengambil kanak-kanak itu dari rumahnya yang terletak di kawasan perumahan sama untuk dijaga sementara.

Sumber: Astro Awani

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amir Ahnaf Menolak Gejala Buli

0
KECANGGIHAN teknologi pada hari ini membuatkan lebih ramai membuka mata mengenai gejala buli yang bukan sahaja berlaku di institusi pengajian tinggi, tetapi juga di...

CATEGORIES