Kejam! Haiwan Juga Jadi Korban Kerakusan Israel

0
63
Foto: Siakap Keli

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel.

Dalam satu status dimuat naik Eye On Palestine, ia memaparkan kanak-kanak Palestin melarikan diri dengan haiwan peliharaan mereka daripada serangan udara Israel yang menyasarkan kejiranan mereka di Gaza.

Hantaran itu memaparkan kanak-kanak tersebut tersenyum sambil mengusap kucing mereka walaupun dalam keadaan trauma.

Dalam satu video yang dikongsi Time Of Gaza pula, seorang pemuda Palestin dilihat menyelamatkan seekor kucing yang tersepit di dalam bangunan yang menjadi sasaran pesawat pejuang Israel.

Jika dilihatkan video dan gambar lain yang dikongsikan pengguna laman sosial, kebanyakan rakyat Palestin sama sekali tidak meninggalkan haiwan peliharaan mereka.

Yang pastinya, luluh hati orang ramai melihat kucing menjadi mangsa kekejaman ini.

“Kucing itu pun nampak trauma apatah lagi kita di sini gigil melihat. Hanya mampu berdoa dari jauh,” kata seorang pengguna laman sosial.

Seorang kali pengguna lama sosial berkata, hatinya hancur melihat keadaan itu.

“Tak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh tersenyum di dalam situasi sebegini.

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here