Kehadiran Salam Air, Super Air Jet, Sichuan Airlines Di KLIA Tingkat Pemulihan Perjalanan Udara

0
80
Foto: Majalah Labur

KUALA LUMPUR, 21 Oktober-Pengenalan tiga syarikat penerbangan baharu dan pelbagai laluan terkini telah meningkatkan pemulihan berterusan perjalanan udara bagi suku ketiga tahun ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi satu kenyataan menjelaskan pihaknya mengalu-alukan kehadiran Salam Air, Super Air Jet dan Sichuan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kenyataan itu menyebut, syarikat penerbangan rakan kongsi sedia ada turut menambah 12 destinasi baharu dan menyambung semula tujuh laluan sebagai tambahan kepada perkhidmatan semasa mereka, menurutnya.

“Peningkatan tawaran penerbangan ini menyumbang kepada jumlah pergerakan penumpang tempatan pada suku lepas sebanyak 21.7 juta, pemulihan lebih 80 peratus bagi jumlah trafik sukuan buat kali pertama berbanding tempoh yang sama September 2019.

“Laluan baharu yang diperkenalkan ialah KUL-Muscat oleh Salam Air; KUL-Lombok, KUL-Pekanbaru dan KUL-Surabaya oleh Super Air Jet; serta KUL-Haikou oleh Sichuan Airlines,”menurut kenyataan itu.

Menurut MAHB, destinasi baharu yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan sedia ada dari KLIA pula ialah Auckland, Jeddah dan Okinawa oleh Batik Air Malaysia; Chengdu oleh AirAsia X, Air China dan Batik Air Malaysia; serta Shanghai Pudong oleh China Eastern, jelasnya.

“Perkhidmatan baharu dari Pulau Pinang ialah Kuala Namu oleh Batik Air Indonesia; Guilin oleh Batik Air Malaysia; Hong Kong oleh AirAsia; dan Xiamen oleh Xiamen Airlines manakala perkhidmatan baharu dari Langkawi ialah Chengdu oleh Batik Air Malaysia dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula ialah Beijing Daxing oleh AirAsia .

“Batik Air Malaysia turut menyambung semula perkhidmatan ke Hong Kong, Zhengzhou, Adelaide dan Chennai dari KLIA manakala AirAsia X menyambung semula laluan Kuala Lumpur-Raja Sansi,”menurut MAHB.

MAHB mencatatkan 6.9 juta jumlah pergerakan penumpang bagi lapangan terbang di Malaysia atau 67 peratus daripada prestasi kumpulan, iaitu 10.3 juta bagi September 2023.

MAHB menekankan bahawa walaupun taufan melanda beberapa bahagian di China, Hong Kong, Macau, Filipina, Taiwan dan Jepun pada September 2023, lapangan terbang tempatannnya mencatatkan 3.3 juta jumlah penumpang antarabangsa, mencecah 79.3 peratus, pemulihan trafik tertinggi bagi trafik bulanan sepanjang 2019.

“Sektor domestik mencatatkan 3.6 juta pergerakan penumpang, mencecah 86.7 peratus daripada paras 2019. Secara keseluruhan, prestasi bagi Malaysia pada September 2023 mencapai 83 peratus daripada angka September 2019,” jelasnya.

Sementara itu, lapangan terbang MAHB di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (SAW) merekodkan 3.4 juta jumlah pergerakan penumpang pada September 2023 dan angka itu memberangsangkan kerana terus bertahan melebihi paras tiga juta pada penghujung perjalanan musim panas, menurutnya.

Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan seramai 1.8 juta dan 1.7 juta penumpang pada bulan lepas, atau gabungan 52:48 antara penumpang antarabangsa dan domestik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here