Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN‘Kehadiran Orang Ketiga Punca Saya Dipukul Suami’

‘Kehadiran Orang Ketiga Punca Saya Dipukul Suami’

PETALING JAYA – Selepas mendedahkan lebam di bahagian mata, pelakon Zahnita Wilson mendakwa dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mengakui sudah lama dibelasah suaminya sendiri.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya.

Berkongsi lanjut, bekas peragawati itu memaklumkan detik hitam tersebut terjadi selepas dia mengajukan soalan mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Zahnita yang kini berada di Kuantan, Pahang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.

Sebelum ini, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES