Kegiatan ‘Prebet Sapu’ Masih Dijalankan, Guna Kereta Sendiri Tanpa Lesen PSV

0
83
Foto: Kosmo

SHAH ALAM – Kemewahan menjadi antara penyebab ada segelintir pelajar institut pengajian tinggi (IPT) termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan perkhidmatan prebet sapu.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof.Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, ini bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan sampingan lebih bagi kehidupan seharian mereka.

Beliau bagaimanapun, menyeru agar para pelajar UiTM melaksanakan sebarang kerja sambilan termasuk prebet sapu berdasarkan lunas undang-undang.

Ini termasuk dalam mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi mengelakkan mereka disabitkan dengan kesalahan undang-undang.

Kosmo! pada 21 Mei lalu melaporkan terdapat segelintir pelajar IPT di Lembah Klang sanggup menawarkan risiko dengan menawarkan perkhidmatan prebet sapu menggunakan kenderaan persendirian tanpa lesen PSV.

Rata-rata mereka yang terlibat dalam aktiviti itu mengakui mereka mampu memperoleh sehingga RM2,000 sebulan hasil pekerjaan sampingan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here