Kuala Lumpur, 14 November 2024 – Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat memenuhi komitmen mereka dalam menghapuskan penggunaan sangkar telur bateri menjelang 2025. NGO telah meninjau sebanyak 78 syarikat di seluruh India, Indonesia, Jepun, Malaysia dan Thailand, dan mendapati bahawa banyak yang gagal untuk memenuhi ikrar mereka dalam menghentikan kegunaan sistem kontroversi ini, yang mana ia sudah diharamkan di banyak negara.
“Asia merupakan negara pengeluar telur yang terbesar di dunia. Berjuta ayam betina dikurung dalam sangkar dimana mereka tidak boleh berjalan, membebaskan sayap mereka mahupun terlibat dalam tingkah laku semula jadi. Ini tidak boleh diterima,” yang telah diperkatakan oleh Among Pakrosa, Pengarah Sinergia Animal di Indonesia. “Kami menyeru syarikat-syarikat ini untuk menunaikan janji mereka untuk beralih kepada sistem bebas sangkar menjelang tahun 2025.”
Menggalakkan Kemajuan
NGO itu telah mengenal pasti syarikat yang boleh mengukuhkan komitmen mereka terhadap dasar bebas sangkar, seperti syarikat dengan komitmen bebas sangkar 2025 yang masih belum melaporkan kemajuan mereka dan syarikat melaporkan kemajuan di rantau lain tetapi belum lagi di Asia. Senarai ini termasuk Best Western, GoTo Foods, illy, Hotel Millennium & Copthorne dan Subway
“Kami tahu syarikat-syarikat ini masih mempunyai masa untuk melakukan yang terbaik untuk haiwan, dan kami menggalakkan mereka menyelesaikan peralihan ke arah rantaian bekalan bebas sangkar,” kata Pakrosa.
Tanda-Tanda Positif Dari Beberapa Syarikat
Laporan juga menunjukkan trend yan baik dari segi kemajuan iaitu 34.51% (27 daripada 78 syarikat) syarikat yang dianalisis telah berkongsi kemajuan mereka di negara-negara Asia, dan 2 syarikat telah beralih sepenuhnya kepada telur bebas sangkar di Asia mahupun secara nasional. Jenama terkenal seperti Bridor, Carma, Danone, Dr. Oetker, dan Groupe Le Duff telah mendahului dalam Malaysia atau Asia.
“Ketelusan yang kian meningkat ini menunjukkan trend positif ke arah Kebajikan haiwan yang lebih baik serta peningkatan kepercayaan pengguna,” tambah Pakrosa.
Pengeluar menyertai Pergerakan Bebas Sangkar
Laporan tersebut juga menunjukkan sorotan penting kemajuan dalam kalangan pengeluar telur di Thailand dan Indonesia. Daripada 50 pengeluar yang telah dikaji, 11 (22%) daripadanya telah beralih kepada pengeluar bebas sangkar 100%.
“Data yang kami kumpulkan akan dapat membantu syarikat berhubung dengan pengeluar bagi mencapai matlamat bebas sangkar mereka” jelas Pakrosa. Syarikat yang berusaha keras untuk mendapatkan telur bebas sangkar boleh membeli kredit daripada sistem insentif Impak oleh Global Food Partners — satu penyelesaian sementara yang telah digunakan oleh kebanyakan syarikat besar atau utama seperti Compass Group dan Unilever.
Momentum Bebas Sangkar Berkembang di Asia
Asia, yang mana telah menghasilkan 64% telur di dunia, perlahan-lahan beralih daripada pengunaan sangkar. Bhutan, China, Indonesia and Thailand telah melaksanakan standard bebas sangkar, dan lebih dari 2,600 syarikat di seluruh dunia, termasuk 318 di Asia telah komited untuk bergerak ke arah bebas sangkar.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, kunjungi www.cagefreetracker.com/asia.