Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANKBS Harap Penilaian AFC terhadap NFDP Selesai Sebelum 2025

KBS Harap Penilaian AFC terhadap NFDP Selesai Sebelum 2025

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap penilaian terhadap Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini

Menerusi mesyuarat pertama yang diadakan bersama pihak AFC, baru-baru ini, Menteri KBS, Hannah Yeoh mahu badan induk itu membuat penilaian secara terperinci bagi membolehkan pihak tambah baik program NFDP.

“Setiap tahun kita ada bajet tetapi ramai yang tidak boleh lihat hasil daripada NFDP sampai ke peringkat pasukan kebangsaan. Kita nak tahu keberkesanan NFDP tetapi siapa boleh nyata tentang perkara itu.

“Sebab itu saya tulis surat kepada Datuk Seri Windsor Paul John (Setiausaha Agung AFC). Mereka setuju untuk bantu menilai apa langkah yang perlu dilaksanakan untuk tambah baik dan melihat apa yang perlu dilaksanakan atau dibelanjakan oleh kita ini sebenarnya bukan satu pembaziran,” katanya.

Hannah menjelaskan jika laporan itu dapat dibentangkan awal, pihaknya boleh melakukan intervesi khususnya babitkan soal perbelanjaan terhadap program berkenaan.

Sebelum ini, program NFPD mencetuskan persoalan ekoran skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara gagal layak ke Piala Asia B-17 2025 pada aksi kelayakan yang berlangsung di Laos, bulan lalu.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES