Kawalan Sempadan Diketatkan, Elak Suspek Kes Tembak Terlepas

0
58
Foto: FMT

SUNGAI PETANI – Polis Kedah turut memperketatkan kawalan di pintu sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelakkan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 lolos ke negara jiran.

Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, semua elemen keselamatan di sempadan termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia sepanjang masa.

“Selain memberi fokus kepada dua daerah yang terletak di sempadan iaitu Kubang Pasu dan Padang Terap, kita turut menggerakkan Cawangan Khas untuk segera menyalurkan maklumat lengkap berkaitan suspek.

“Begitu juga di setiap daerah, kita meminta Ketua Polis Daerah lebih ‘alert’ tentang suspek kes tembakan itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Muda di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes tembak di KLIA awal pagi tadi susulan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan suspek dipercayai melarikan diri ke arah utara. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here