Kate Middleton Akhirnya Muncul Kembali, Gembira Di Sisi Putera William

0
341
Foto: InStyle

LONDON – Princess of Wales,  Kate Middleton dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor, lapor akhbar Daily Express semalam.

Ia merupakan kemunculan pertama Kate di tempat awam sejak menjalani pembedahan perut pada  Januari lalu.

Kate, 42, tidak pernah muncul di khalayak ramai sejak 25 Disember tahun lalu, namun beliau dikatakan kelihatan gembira dan tenang ketika dilihat bersama William semalam.

Seorang saksi  di kedai tersebut berkata: “Selepas semua khabar angin yang bertebaran sebelum ini, saya tergamam melihat mereka di situ. Kate membeli-belah bersama William dan beliau kelihatan gembira dan sihat. Anak-anak mereka tiada bersama tetapi ia adalah petanda baik bahawa beliau sudah sihat.”

Kate dilaporkan akan kembali memikul tugas diraja seawal 17 April ini.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu, pembedahan Kate disifatkan berjaya, namun beliau tidak akan melakukan tugas awamnya untuk beberapa tempoh.

Ibu kepada tiga anak itu dirawat di hospital sehingga 29 Januari lalu sebelum beliau pulang ke rumah untuk berehat dan kembali pulih. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here