Sunday, May 19, 2024
HomeVIRALKasih Bapa Menolak Stroller Anak OKU Sempena Hari Sukan Sekolah

Kasih Bapa Menolak Stroller Anak OKU Sempena Hari Sukan Sekolah

PETALING JAYA – Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Itulah gambaran paling sesuai apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan pengorbanan seorang ayah yang sanggup menemani anaknya menyertai acara larian sempena hari sukan sekolah.

Berdasarkan satu klip video yang dikongsi di laman Facebook, kelihatan anak kepada lelaki tersebut yang juga orang kelainan upaya (OKU) berada di atas sebuah ‘stroller’ atau kereta sorong bagi menyertai acara larian.

Bagaimanapun, kekurangan murid perempuan itu sedikit pun tidak melunturkan semangat bapanya apabila dia sanggup berlari sambil menolak stroller tersebut sehingga ke garisan penamat.

Berdasarkan Kosmo walaupun tidak memenangi acara terbabit, namun semangat bapa itu amat dikagumi dan kelihatan penonton serta guru yang menyaksikan acara itu turut memberikan kata-kata semangat.

“Kasih sayang seorang ayah yang sanggup lari sekali sambil tolak anak kesayangan semasa hari sukan. Superhero yang sebenar,” tulis hantaran pada klip video tersebut.

Difahamkan, acara larian itu adalah bersempena dengan hari sukan di Sekolah Rendah Besout 1, Perak, bagaimanapun tidak dinyatakan tarikh sebenar ketika klip video terbabit di rakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan bapa tersebut.

“Kemenangan bukanlah impiannya, tetapi semangat berjuang dengan kawan-kawan yang menggembirakan hatinya,” tulis Badariah Abd Rahman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Noriza Pa.

“Terbaik, seorang ayah nak anaknya gembira bersama kawan-kawan,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES