KUALA LUMPUR, 22 November- Semalam, negara digemparkan dengan ancaman bom palsu yang menyasarkan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada jumlah itu, tujuh laporan dibuat di Selangor, Kuala Lumpur (5), Johor (3), Pulau Pinang (2) dan masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan.
Katanya ancaman berkenaan dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman dari penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.
“Sebaik dimaklumkan mengenai ancaman berkenaan, polis dengan kerjasama sekolah terlibat mengosongkan premis, pengungsian (evacuation) pelajar ke lokasi selamat turut dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dibenarkan pulang.
“Tindakan pembersihan keselamatan (security flushing) bom telah dijalankan dan mendapati ancaman berkenaan adalah palsu, tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa.
“Siasatan turut mendapati kedua-dua emel terbabit adalah baru dicipta serta tidak pernah digunakan di mana-mana servis internet. Kandungan asal emel dikesan dalam Bahasa Inggeris, namun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia menggunakan aplikasi penterjemahan,”katanya dalam satu kenyataan.
Razarudin turut menjelaskan, kandungan e-mel yang sama dikesan pernah dihantar ke 70 sekolah di Jamaica pada 12 November lalu.
Katanya, ia dilakukan oleh seorang individu yang mempunyai masalah mental dan pihak polis sedang menyiasat sama ada ia mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian semalam.
“Suspek terbabit dilapor bermasalah kerana dipercayai pernah mengalami penderaan ketika kanak-kanak dan kurang perhatian, namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it.
Look advanced to far added agreeable from you!
By the way, how can we communicate?