Kanak-Kanak Teman Bapa Memancing Maut Jatuh Laut

0
55
Foto: Harian Metro

BATU PAHAT, 3 November- Seorang budak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam laut semasa menemani bapanya memancing di Kelong Wahid Panjang, Pantai Sungai Lurus Senggarang, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian disedari bapanya kira-kira pukul 5.30 petang ketika mahu bergerak balik sebelum mendapati anaknya tiada di dalam pondok kelong berkenaan.

“Khuatir anaknya jatuh ke dalam laut, si bapa terus membuat laporan di Balai Polis Senggarang pada pukul 6.30 petang sebelum gerakkan mencari bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Rengit serta orang awam dilakukan,”katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata mangsa Muhamad Adam Dani Johan berusia 10 tahun ditemukan terdampar di tepi pantai kira-kira pukul 9.15 malam semalam.

Mayat dijumpai oleh orang awam pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk proses bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here