Kanak-Kanak Perempuan Maut Dilanggar Kereta Ketika Berbasikal

0
37

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bermain basikal maut selepas dilanggar kenderaan di sebuah taman perumahan di Bandar Sri Sendayan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia lima tahun dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), untuk rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 34 tahun menuju ke pos pengawal taman perumahan terbabit.

Katanya, pada masa sama basikal dinaiki mangsa datang dari arah bertentangan di belakang sebuah pikap.

“Basikal berkenaan kemudian dipercayai masuk ke laluan Perodua Ativa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu terus merempuh mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan di anggota badan dan dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 8.05 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here