Kanak-Kanak Palestin Simpan Buku, Sijil Takut Musnah Dibom Israel

0
57
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Orang ramai memuji seorang kanak-kanak Palestin menyimpan buku dan sijil di dalam beg sekiranya rumahnya menjadi sasaran pengeboman Israel.

Menurut hantaran perkongsian @alijla2021 di aplikasi X, itu cara dia menyelamatkan bahan bukti pendidikan kerana ia sangat bermakna dalam hidupnya.

“Saya selalu bawa barang-barang ni ke mana saja yang saya pergi. Saya sangat suka belajar.

“Andai kata buku-buku saya dimusnahkan. Jadi, musnah jugalah seluruh zaman kanak-kanak saya dan musnah jugah bahan bacaan untuk saya belajar,” katanya.

Sebelum ini kanak-kanak tersebut pernah dirakam seorang jurufoto sembilan tahun lalu memperlihatkan dia bersemangat mencari buku-bukunya di sebalik runtuhan rumah yang dibom.

Tambahnya, dia bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera apabila sudah besar nanti.

Difahamkan, dia telah mengumpul buku-buku dan sijil-sijil pelajarannya sejak daripada prasekolah lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji semangat belajarnya.

“Dia bercakap dengan mata yang bersinar-sinar. Dia akan menjadi seorang jurutera yang hebat suatu hari nanti, InsyaAllah,” kata seorang pengguna.

“Dia berkata seluruh zaman kanak-kanaknya akan musnah apabila kebenarannya adalah dia masih kanak-kanak, dia sepatutnya berasa seperti dia masih boleh mengalami zaman kanak-kanak, bukannya mengekalkan apa yang dia pernah ada,” kata seorang lagi pengguna laman sosial. 

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here