Tuesday, September 10, 2024
HomeVIRALKanak-Kanak Lelaki Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas ditemui dalam mesin basuh pakaian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini semalam, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa dijumpai neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 9.30 pagi sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans.

Bagaimanapun, katanya, kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia pada pukul 11.02 pagi.

“Mangsa yang juga kanak-kanak autisme itu telah diberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tidak menunjukkan tanda positif sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya yang lain berada di dalam rumah berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan berpatutan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES