Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURAN"Kami Ada Usaha Cuma Tak Semua Boleh Diceritakan"

“Kami Ada Usaha Cuma Tak Semua Boleh Diceritakan”

PETALING JAYA – Susulan isu Rozita Che Wan didakwa tidak membayar pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), suami pelakon itu, Zain Saidin memaklumkan mereka berusaha menyelesaikan urusan dengan agensi berkenaan tanpa perlu mendedahkan kepada orang luar.

Dalam masa sama, Zain atau nama lengkapnya Mohammad Zain Mohd. Saidin, 40, dia tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut memandangkan urusan tersebut hanya melibatkan isterinya.

“Sudah semestinya saya pernah ambil pinjaman dengan Mara. Ada yang kata kita lepas tangan itu tak tepat. Bila tak tepat, orang dengar dan percaya bulat-bulat dan serang kami sebab tak tahu cerita keseluruhan.

“Terus terang, kami ada usaha cuma tak semua diceritakan. Namun, saya maafkan semua dan faham mereka tak dapat cerita sepenuhnya.

Saya tak boleh ceritakan semua sebab ini bukan hal saya. Sebagai suami, saya cuma beri sokongan mana yang mampu. Bukan hak saya untuk bercerita,” katanya dalam siaran langsung TikTok, semalam.

Bagaimanapun, pelakon drama Oh My English itu memaafkan segala tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan kepada diri dan keluarganya.

“Mana nak serang, silalah. Itu hak kalian, saya minta maaf andai tersalah kata.

“Saya awal-awal lagi dah maafkan. Ada yang marah sampai salahkan kami kata anak mereka tidak dapat pinjaman punca daripada kami.

“Ingat syarikat sebesar itu ada RM1 juta sahaja untuk edarkan ke? Kalau tiada RM1 juta, orang lain tak dapat duit?,” ujarnya.

Pun begitu, Zain menyatakan Rozita atau Che Ta, 51, enggan menjawab panggilan pihak media atas alasan berkecil hati dengan apa yang terjadi.

“Kami tak lari dari tanggungjawab dan memang lakukan yang terbaik. Saya dah isteri tak pernah lari, kadang-kadang artikel tak tepat.

“Che Ta kecil hati sampai ‘block’ (sekat) semua orang yang buat panggilan telefon. Dia tak nak bercakap dengan mereka,” jelasnya.

Sebelum ini, kediaman Che Ta dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, pelakon drama Kiah Pekasam itu pernah melunaskan pinjaman hutang sebanyak RM50,000 namun tidak dapat dipastikan bila bayaran tersebut dibuat.

Malah, Che Ta turut dikatakan hadir ke pejabat Mara baru-baru ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES