JAKARTA – Seorang pemilik sebuah pusat perubatan alternatif, Gus Samsudin mendedahkan bahawa dia akan memberikan nafkah kepada isterinya sebanyak 100 juta rupiah (RM30,119) setiap minggu, lapor portal berita InsertLive semalam.
Gus menyatakan demikian dalam satu rakaman video yang tersebar di media sosial dengan turut memberitahu bahawa jika wang tersebut tidak dapat dihabiskan oleh isterinya yang dikenali sebagai Yuni Lida dalam masa seminggu, dia akan menghukum wanita tersebut.
Menurut Kosmo, hukuman yang dimaksudkan oleh lelaki tersebut ialah jika isterinya gagal untuk menghabiskan wang itu dalam tempoh seminggu, dia akan memberikan wang kepadanya dalam jumlah yang lebih besar lagi.
“Kelmarin, wang yang sudah diberikan itu sudah dihabiskan atau belum? tanya Gus kepada isterinya dalam rakaman vieo tersebut yang dimuat naik oleh seorang pemilik Instagram dengan menggunakan akaun @dramakuin.official.
“Sudah,” jawab Yuni.
“Pintar. Jadi, kamu diperuntukan itu setiap minggu. Jika tidak habis berbelanja, saya bakal berikan kami 500 juta rupiah (RM150,596),” kata Gus.
Lelaki itu memberitahu bahawa mencari wang sebanyak 100 juta rupiah setiap minggu itu adalah mudah, kongsi Kosmo.
“(Harus) dibelanjakan, Adakah kamu fikir mencari wang itu susah? Mudah. Ini harus dihabiskan.
Gus menjelaskan bahwa wang yang diperolehnya itu adalah hasil jualan tanah dan rumah.
Sumber: Kosmo