Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAJururawat Maut Ditikam Suami

Jururawat Maut Ditikam Suami

Arau: Polis mengesahkan kematian jururawat yang ditikam oleh suaminya di kediaman mereka di Padang Nyu, Arau, Sabtu lalu disebabkan luka tikaman hingga ke hati serta bahagian dalaman pembuluh darah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi berkata, keputusan itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

“Berdasarkan keputusan autopsi yang dibuat di HSB, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, maut akibat mengalami luka tikaman hingga ke hati serta dalaman pembuluh darah (vena kava) atau ‘stab wounds to the liver and inferior vena cava’.

“Namun, setakat ini, kita belum memperoleh laporan keseluruhan proses bedah siasatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Mohsin berkata kepada Harian Metro bahawa pihaknya menolak kemungkinan melakukan analisis psikiatri terhadap suspek yang juga suami mangsa.

Ini kerana, katanya, tiada keperluan untuk membuat penilaian psikiatri terhadap suspek.

“Kita juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine ketika kejadian berlaku.

“Pengaruh dadah bukanlah dikatakan penyebab kepada kejadian, namun ketika saringan ujian air kencing suspek dilakukan, kita mendapati ia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Suspek kini masih dalam reman sehingga 7 Oktober hadapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Emma, Chacha Maembong Kutuk Bella, Siap Cakap ‘Try Hard’?

0
PETALING JAYA – Enggan keruh berpanjangan, pelakon Chacha Maembong tidak berdiam diri apabila namanya turut terpalit dalam perbualan WhatsApp dipercayai antara Aliff Aziz dan...

CATEGORIES