Juruaudit Rugi Lebih RM1 Juta Kena Tipu Sindiket Pelaburan Tidak Wujud

0
160
Foto: Smart Investor Malaysia

NIBONG TEBAL, 12 Oktober- Seorang juruaudit sebuah syarikat swasta di negeri ini mengalami kerugian RM1.48 juta selepas mendakwa diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Ng Ah Thiam berkata wanita berusia 43 tahun itu membuat laporan polis Isnin lalu selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tertarik untuk menyertai pelaburan berpangkalan di New York, Amerika Syarikat selepas melihat iklan menerusi Facebook pada 2 Mei lepas.

“Mangsa kemudian mengikuti pautan iklan tersebut dan seterusnya diberikan penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.

“Mangsa yang berminat menyertai pelaburan terbabit telah melakukan transaksi pembayaran berjumlah RM1.48 juta ke dalam beberapa akaun yang diberikan sindiket.

“Selepas wang dimasukkan, mangsa tidak mendapat keuntungan seperti dijanjikan, malah dipaksa menambah pelaburan lagi kononnya bagi membolehkan pengeluaran wang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ng berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here