Jumlah Mangsa Banjir Di Membakut Melonjak Naik Ke 100 Orang

0
39

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di daerah Membakut meningkat kepada 100 orang daripada 40 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding 37 orang daripada 17 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, semua mangsa banjir tersebut telah dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.

“Hujan berterusan di Membakut sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir, dan jumlah mangsa yang dipindahkan pagi ini kekal atau tidak berubah,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak tujuh kawasan hotspot banjir telah dikenal pasti, iaitu Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru, dan Jalan Balai Polis.

Membakut adalah sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah, terletak kira-kira 90 kilometer ke selatan Kota Kinabalu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here