Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAJualan Rahmah Di Perak Cecah RM64 Juta, Naik Lebih 200 Peratus

Jualan Rahmah Di Perak Cecah RM64 Juta, Naik Lebih 200 Peratus

IPOH – Nilai jualan yang direkodkan menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di Perak mencecah RM64.1 juta sepanjang tahun 2024.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Datuk Kamalludin Ismail berkata, jumlah itu meningkat 221 peratus berbanding 2023 yang bernilai RM19.9 juta.

Jelasnya, peningkatan itu turut disumbangkan hasil jumlah bilangan pengunjung yang meningkat sebanyak 107 peratus iaitu daripada 800,754 pengunjung kepada 1,658,225 berbanding tahun 2023.

“Dari segi penjimatan yang dicapai oleh pembeli, ia bergantung kepada perbelanjaan individu dan keluarga. Namun misalnya sebuah keluarga berbelanja RM200 bagi satu minggu, menerusi pembelian di PJRM mereka boleh berjimat antara RM30 hingga RM40,” katanya kepada pemberita semasa meninjau PJRM Back To School di sini hari ini.

Katanya, sepanjang tahun 2024, KPDN Perak berjaya melaksanakan 945 PJRM dan jelasnya jumlah itu melebihi sasaran 552 program yang ditetapkan melibatkan kesemua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri serta 24 Parlimen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

0
MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga...

CATEGORIES