Jualan Nasi Lemak RM1 Laris Dalam Masa Sehari

0
66
Foto: Berita Harian

MARANG: Meskipun kos sara hidup semakin meningkat saban tahun bukan penghalang Safiah Azlan, 32 ingin menjual nasi lemak berlauk telur, timun dan ikan bilis dengan harga RM1 sahaja.

Walaupun hanya mendapat keuntungun kecil, peniaga dari Kampung Rusila ini tetap berpuas hati dengan jualannya kerana mampu menjual sehingga 1,700 bungkus dengan mengambil masa hanya beberapa jam sahaja.

Tercetus idea ingin menjual dengan harga RM1 sahaja disebabkan dia melihat pembeli mula berkurangan disebabkan oleh faktor kewangan yang mendesak.

“Saya berniaga makanan sejak 14 tahun lalu, namun melihat kuasa beli semakin turun dan dengan peningkatan harga barang, saya perlu cari alternatif lain, katanya. Terdahulu, penjualan nasi lemak telah terjual 400 bungkus sehari dalam minggu pertama. Malahan, pernah ada pelanggan luar yang datang semata-mata ingin membeli nasi lemak.

Anataranya dari Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Kelantan, Kedah dan Perak.
Tidak sangka pada minggu kedua, penjualan nasi lemak semakin meningkat sehingga mencecah kepada 700 hingga 800 bungkus sehari dan kini boleh mencecah 1,700 bungkus hanya dalam masa sehari sahaja. Namun, bahan yang diletakkan di dalam nasi lemak sama seperti nasi lemak yang dijual dalam harga RM3 atau RM4.

“Tak sangka permintaan semakin tinggi, walaupun margin keuntungan kecil, saya tetap puas hati kerana dalam tempoh tujuh jam atau kurang, mampu habiskan jualan,” katanya yang kini perlu menggajikan 10 pekerja membantu menyediakan makanan untuk jualan.

Bagi membayar gaji pekerja, dia perlu menjual nasi lemak lebih 1,000 bungkus bagi mencukupi untuk mengajikan pekerja dengan bayaran yang sepatutnya. Namun, saya masak secara berperingkat bermula jam 3 petang hingga malam untuk memastikan nasi lemak sentiada dalam keadaan panas.

Sejujurnya, ia amat memenatkan kerana permintaan boleh mencecah sehingga 2,000 bungkus dalam masa sehari. Jadinya, saya terpaksa hadkan sehingga 1,700 bungkus sahaja. Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun letih tetapi jualan memberangsangkan dan mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan, katanya yang menggunakan antara 80 hingga 10 kilogram beras.

“Saya juga jual hidangan barat pada harga RM5, selain mi kari dan laksa, juga dengan harga sama, tapi kuantiti bahan di dalamnya dperbanyakkan supaya orang puas makan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here