Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAJualan Batik Rahmah Merangsang Industri Kraftangan Negara

Jualan Batik Rahmah Merangsang Industri Kraftangan Negara

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada hujung minggu lalu telah melancarkan Jualan Rahmah Batik sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 dan mengadakan sesi walkabout di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersama-sama dengan Pengurusan Tertinggi MOTAC.

Dalam Sesi Walkabout, Tiong telah berinterasi dan memberi dorongan kepada usahawan-usahawan kraf yang menyertai dengan aktiviti Jualan Kraf Batik. Beliau juga mengunjung setiap gerai untuk mengapresiasi produk-produk kraftangan tempatan.

Apabila menjawab pertanyaan wartawan, Tiong menggesa Kraftangan Malaysia lebih agresif membantu usahawan tempatan dan meningkatkan kemahiran supaya memperkembangkan industri batik negara dan mengeksport ke negara-negara lain.

Beliau juga mengumum bahawa Kraftangan Malaysia akan melancarkan batik koleksi khas sempena Ulangan Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50.

Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 yang bermula pada 30 November sehingga 4 Disember menyajikan pengunjung dengan pelbagai aktiviti seperti jualan Kraf Batik, Jualan Rahmah Batik, Pameran Kraf, Demonstrasi Kraf Batik, Interaktif Kraf, Jom Membatik, Batik Malaysia Treasure Hunt, Zumbatik dan Persembahan Kesenian.

Acara ini telah mendapat sambutan yang baik antara pemain industri. Sebanyak 820 usahawan batik daripada seluruh negara telah mengambil bahagian dalam Jualan Rahmah Batik bagi mempromosi produk unik masing-masing. Jualan Rahmah Batik berjaya menarik banyak orang awam dan pelancong asing mengunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC Datuk Shaharuddin bin Abu Sohot serta diiringi oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham binti Haji Ramli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES