Jual Burger RM2 Tanggung Kos Hidup, Jaga Ibu Mentua Sakit

0
32
Foto: Kosmo

REMBAU – Sepasang suami isteri di Kampung Batu, di sini, nekad menjual burger serendah RM2 bagi menarik pelanggan membelinya, sekali gus dapat menyara dua anak mereka serta menjaga ibu yang sakit.

Artiq Shukri Bakar, 34, berkata, perniagaan itu dimulakan sejak Jun tahun lalu dan sambutan diterima ada kalanya mengga­lakkan, namun ada juga sekadar cukup untuk pusingan modal.

Menurutnya yang berasal dari Tanjung Bidara, Melaka, jualannya kadangkala hanya mendapat RM20 sehari dan pernah sekali mencecah RM330 hasil infak seorang individu untuk masjid.

“Saya sudah lama berniaga burger dengan harga murah selain menjadi pengawal keselamatan. Dahulu di Pantai Puteri, Me­laka, tetapi disebabkan motosikal kami disita atas sebab-sebab ter­tentu, kami tidak dapat berniaga.

“Pada 2018, nasib tidak menyebelahi kami dan menjadi gelandangan selama lima hari di Melaka. Majlis Agama Islam Melaka kemudiannya menyelamatkan kami dan menempatkan kami di kediaman di bawah agensi itu.

“Sejak ibu mentua sakit, kami duduk di rumah pusaka ibu sejak 2022 dan berniaga semula burger, oblong dan roti john sejak tahun lalu bagi menampung hidup,” katanya ketika ditemui di kediaman pusaka, di sini kelmarin.

Isteri Artiq, Ain Nazira Abdullah, 27, pula berkata, tiada apa yang dimahukannya selain perniagaan itu dapat menarik lebih ramai lagi pelanggan buat pendapatan mereka sekeluarga.

“Kami jual dengan harga yang cukup rendah, malah kami juga ada menu roti john monster. Roti john ini gabungan isi daging dan ayam serta telur membaluti roti,” ujarnya.

Menurutnya, mereka bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan berniaga tersebut kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap disebabkan kekangan tertentu.

Mereka mempunyai tiga anak berusia antara 11 bulan dan enam tahun, namun anak kedua diserahkan kepada keluarga lain untuk dijaga ekoran kekangan kewangan.

“Kini, ibu saya, Nor Aini Ambia, 70, tidak sihat dan menggunakan mesin oksigen. Mujur pemimpin politik setempat ada membantu mendapatkan bantuan mesin bernilai ribuan ribu ringgit ini. Badan bukan kerajaan (NGO) juga ada membantu kami.

“Ada juga kami pergi ke Baitulmal dan mendapat bantuan kupon makanan asas,” ujarnya.

Menurutnya, buat masa ini ibunya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkannya ke nombor akaun Maybank 1540 8028 2758 atas nama Ain Nazira Abdullah.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here