Saturday, October 12, 2024
HomeHIBURANJovian Mandagie Dedah Sudah Sah Becerai Sejak Ogos Lalu

Jovian Mandagie Dedah Sudah Sah Becerai Sejak Ogos Lalu

PETALING JAYA – Pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak lagi bergelar suami kepada Nina Ismail Sabri selepas mereka sah bercerai sejak Ogos lalu.

Menurut Komo, perkara itu diberitahu sendiri Jovian menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini.

“Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.

“Kami dapati, sebagai sahabat dan ibu bapa kepada Jeanelle (anak), kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Jovian turut berkongsi rasa syukur kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang menempuhi alam perkahwinannya bersama bekas isterinya itu sebelum masing-masing berpisah secara baik.

“Memandangkan kebahagiaan Jeanelle adalah kebahagiaan kami, maka kami sudah lakukan yang terbaik. Alhamdulillah.

“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.

“Selepas beberapa dekad, kami akan sentiasa ingat kenangan itu. Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” katanya

Pada masa sama, Jovian turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif daripada pengikutnya dalam laman sosial atas apa yang terjadi ke atas rumah tangganya.

“Semalam, kami adakan sesi secara langsung dalam TikTok. Kami tersentuh dengan komen-komen mengenai rumah tangga kami. Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.

“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.

“Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” kata abang ipar kepada penyanyi Dafi itu.

Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES